Kenyataan Media Presiden

Mengambil maklum berita pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di rumah Datuk Seri Azmin Ali menjadi viral dan polemik. Ramai yang tidak senang hati terutama ahli UMNO dan rakyat.

Maklum ada aduan ahli kepada Jawatankuasa Disiplin (JKD), kerana mereka merasakan ia membelakangkan keputusan parti.

Kita bersetuju supaya JKD melakukan siasatan di bawah peraturan sedia ada dan terpulang kepada JKD untuk membuat sebarang keputusan.

Secara dasar, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat beberapa ketetapan – antaranya sebarang tindakan oleh Ahli Parlimen UMNO mesti dibuat secara bersama atau ‘enbloc’.

Parti mahu memastikan segala keputusan parti hendaklah dipatuhi oleh semua pihak khasnya Ahli Parlimen UMNO.

Kepercayaan ahli dan rakyat yang kuat serta menyakinkan ketika ini – hendaklah dihargai dan dihormati oleh semua pemimpin parti.

Sidang media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

19 Nov 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.