Agensi Martabatkan Bahasa Kebangsaan Jadi Mangsa Kerajaan PH, Beribu Hilang Pekerjaan

Bercakap menjual mimpi memang mudah, bila mahu melaksanakan nampak seperti bertelur sebiji riuh sekampung sahaja. Hakikatnya keadaan ekonomi sekarang sudah tidak semakmur sebelum PRU-14, maka ramailah yang hilang pekerjaan.

Apa yang lebih menyedih dan membimbangkan, terdapat kecenderungan kehilangan kerja ini membabitkan kepentingan bahasa kebangsaan.

Pada Oktober lalu Utusan Melayu (M) Berhad terpaksa ditutup dan mengakibatkan hampir 1000 orang hilang pekerjaan.

Bulan lalu juga Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) mengumumkan beratus orang pekerjanya akan ditamatkan perkhidmatan dalam masa sebulan dua ini. Seminggu ini terdapat ura-ura bahawa beribu pekerja Media Prima di TV3, NTV7, 8TV, TV9, New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro bakal diberhentikan.

Saya khuatir, tidak lama lagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga akan berhadapan dengan tindakan rasionalisasi sumber, yang hampir sama.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada negara kita ini?

Adakah semua pemberhentian membabitkan industri yang mengembang dan menyuburkan bahasa kebangsaan ini, kerana faktor ekonomi semata-mata, atau juga kerana sikap tidak peduli kerajaan?

Kepada yang berhadapan musibah kehilangan kerja ini, bertabahlah. InsyaAllah ada rezeki di jalan lain.

Rakyat terutama orang Melayu, boleh menilai sendiri sikap dan tindak-tanduk parti pemerintah hari ini.

Dulu mereka punya seribu jawapan membela nasib pekerja, hari ini mereka buat-buat tidak nampak ‘gajah di depan mata’.

Kerajaan punya banyak kuasa dan pengaruh, mengurangkan beban rakyat, termasuk membantu industri berkaitan ilmu dan bahasa kebangsaan.

Namun kuasa sentiasa menguji dan mengalpakan manusia.

Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.