22 Bulan PH Urus Negara… Kesannya Ke Hari Ini, ‘Masihkah Kau Ingat’ – Ahmad Maslan

PONTIAN, 11 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengajak rakyat untuk ‘flashback’ 22 bulan PH memerintah dan kesan sampingan selepas tempoh berkenaan.

Menurut beliau apakah rakyat sudah lupa bagaimana aset negara dijual kerana kegagalan mereka mengurus tadbir  dan aset tersebut akhirnya hangus terjual.

“Masihkah kau ingat 22 bulan dan kesan sampingan selepas 22 bulan itu. Aset-aset negara yang terjual tidak ada satu pun yang kita boleh ambil kembali. Aset-aset itu sudah hangus terjual.

“Saya berikan contoh apa yang berlaku di depan mata saya sendiri… IHH contohnya satu rangkaian hospital yang begitu besar dan kemungkinan boleh jadi kedua terbesar dalam dunia milik kita tetapi selepas itu dijual oleh PH.

“Senarai jualan aset-aset ini begitu banyak… jadi kalau kita berikan satu undi kepada PH tak taulah apa lagi aset negara yang akan dijual selepas ini,” katanya kepada UMNO Online.

Ahmad Maslan yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pontian seterusnya berkata penghapusan cukai GST sebelum itu menjadi pendorong atau faktor kepada apa yang berlaku.

“Kenapa mereka jual aset negara… kerana mereka hapuskan cukai GST. Mereka menghapuskan cukai GST dan selepas itu mereka kosongkan tiga bulan ‘tax holiday’ untuk tidak dibayar cukai  SST. Itu satu kesilapan… kalau pun mereka nak tukar GST pada SST, katalah mereka nak tukar 1 Ogos 2018, tarikh berkenaan jugalah cukai SST bermula.

“Tetapi mereka kosongkan tiga bulan… saya pun tidak tahulah siapa punya penasihat yang salah yang menyebabkan kita hilang berbelas bilion ringgit dan untuk menampung segala perbelanjaan itu, aset negara dijual. Sebab tidak cukup duitlah maka nak dapat duit aset negara dijual dan sebagainya lagi. Jadi kesilapan semua ini adalah kerana mereka tidak tahu mentadbir,” tambahnya.

Beliau seterusnya memberitahu rakyat sehingga ke hari masih tidak mengetahui perkara sebenar apa yang berlaku seterusnya selepas pemansuhan cukai GST.

“Satu lagi sebagai contoh dengan termansuh satu cukai GST apa yang mereka buat ialah mereka adakan sembilan cukai baharu. Ada senarai cukai itu dalam Facebook saya. Mansuh satu cukai, buat sembulan cukai  baharu dan naikkan tiga cukai lama. Yang ini rakyat tidak tahu dan tidak diberitahu.

“Saya tengok dalam kempen mereka pada saat ini dikeluarkan contoh kononnya kejayaan mereka. Adalah disebut itu dan disebut ini…kejayaan pertama itu menghapuskan GST… adakah itu satu kejayaan.

“Saya nak beritahu mereka hapus cukai GST mereka tambah cukai baharu sembilan cukai, naikkan tiga cukai lama… adakah ini satu kejayaan.

“Ini bukan kejayaan… dengan menghapuskan  cukai  GST sebelum masuk SST mereka kosongkan pengutipan cukai selama tiga bulan dan akibat daripada itu mereka hilang berbelas bilion dan akibat daripada itu mereka jual aset negara. Adakah itu satu kejayaan,” ujarnya. – UMNO Online