BN kekalkan Tioman, kalah di Padang Serai

BARISAN Nasional mengekalkan kerusi DUN Tioman di Pahang apabila calonnya Datuk Seri Mohd Johari Hussain memenangi pilihanraya ke-15 Rabu lalu.

Beliau menang dengan majoriti tipis 573 undi apabila mendapat 8,080 undi dengan menewaskan calon Perikatan Nasional, Nor Idayu Hashim yang memperolehi 7,507 undi, Mohd Fadzli Mohd dari PH (784), Osman A Bakar dari Pejuang (79) and calon Bebas Sulaiman Bakar (58).

Bagaimanapun, kerajaan baharu PH-BN tewas di kerusi Parlimen Padang Serai.

Calon PN Datuk Azman Nasrudin yang juga ADUN Lunas memperolehi majoriti 16,260 apabila mencatat 51,637 undi dengan menewaskan calon Dr Mohamad Sofee Razak dari PH (35,377) calon BN Datuk C Sivaraj (2,983 votes), calon Bebas Sreanandha Rao (846 votes), wakil Pejuang iaitu Hamzah Abd Rahman (424 votes) and calon Warisan, Mohd Bakhri Hashim (149 votes).