Ahmad Maslan antara 6 timbalan menteri BN

SETIAUSAHA Agung Datuk Seri Ahmad Maslan mendahului 27 timbalan menteri Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim pada upacara mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu juga adalah antara enam Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berbuat demikian.

Ahmad dilantik Timbalan Menteri Kewangan, portfolio yang pernah disandangnya di bawah kerajaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.