RoS berunding dengan wakil Umno minggu depan

PENDAFTAR Pertubuhan (RoS) akan mengadakan rundingan dengan wakil Umno minggu depan mengenai keputusan Perhimpunan Agung tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti.

Ketua Pengarahnya Nawardi Saad berkata pihaknya belum menerima laporan penuh mengenai keputusan PAU pada 11-14 Januari lalu.

“Kita belum terima laporan penuh tetapi akan menemui wakil Umno minggu depan,” katanya.

RoS juga sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh dua ahli Umno kononnya keputusan PAU itu melanggar perlembagaan parti.