Two pemimpin dipecat, empat lagi digantung

SETIAUSAHA Agung, Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ada malam tadi telah memutuskan memecat dua orang ahli yang melanggar disiplin parti.

Mereka yang dipecat adalah Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ahli yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Hamdan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Turut dipecat ialah lima orang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Bahagian Putrajaya, dua ahli Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad turut memaklumkan Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu.