Tengku Zafrul sahkan bertanding kerusi MKT

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan akan bertanding kerusi Majlis Kerja Tertinggi pada pemilihan parti kali ini.

Beliau memberitahu Astro Awani, hasratnya adalah untuk membantu parti dalam usaha memperkukuhkannya.

“Ya, jika diberikan peluang, saya dengan rendah hati ingin menduduki kerusi MKT,” katanya.

Beliau menyifatkan dinamik politik hari ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding.