Lima Adun Umno Sabah keluar parti

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Sabah, hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

Mereka adalah Yusof Yacob (Sindumin); Jasnih Daya (Pantai Dalit); Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut).

Namun, tindakan mereka bertindak keluar Umno hanya mengurangkan jumlah Adun parti itu tetapi tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.