Tengku Razaleigh dilantik penasihat Umno

UMNO melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penasihat parti berkenaan atas cadangan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Perlantikan Ahad lalu disahkan bekas Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Beliau turut memaklumkan Ahmad Zahid membuat cadangan itu ketika berucap pada pertemuan dengan ketua, timbalan dan naib ketua Umno bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC).