Tiga naib presiden di pentas ‘Townhall’ PAU

TIGA Naib Presiden Umno akan sepentas sempena acara ‘Townhall Penerangan Umno’ pada 7 Jun ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.

Acara ‘townhall’ ini akan dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Penerangan Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia

Lebih menarik, sesi ‘townhall’ ini akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said selaku moderator bagi mendapatkan buah fikiran tiga Naib Presiden parti iaitu Wan Rosdy Wan Ismail, Mohamed Khaled Nordin serta Johari Abdul Ghani sebagai panel.

Setelah tamat sesi wawancara townhall ini akan berlangsungnya sesi soal jawab dan program penutup akan disempurnakan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Sesi townhall ini diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) bagi mempertemukan kesemua ketua penerangan empat peringkat dengan para kepimpinan di samping berkongsi idea untuk memperkukuh parti.