Pertahan kerajaan yang ada, kata Mohamad Hasan

UMNO perlu mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang disertai ketika ini, bagi meyakinkan kembali kepercayaan rakyat, sekali gus menoktahkan kecelaruan politik tanah air yang berlaku sejak empat tahun lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu tidak lagi boleh mensia-siakan peluang yang ada kerana tiada siapa yang akan percaya kepada parti itu sekiranya kerajaan hari ini gagal.

“Bayangkan implikasinya kepada Umno, jika kita mensia-siakan peluang ini. Jika kita tidak berprestasi dan jika kita pula yang menjadi masalah kepada Kerajaan Perpaduan.

“Siapa lagi yang akan percaya kepada Umno selepas ini, jika kita gagal menjayakan kerajaan ini. Kita bukan sahaja akan mengecewakan kepercayaan raja yang kita kasihi,” katanya ketika merasmikan mesyuarat serentak Wanita, Pemuda dan Puteri di WTC di sini, malam tadi.