Jangan minta jawatan, kontrak dan gelaran – Mohamad

PEMIMPIN muda Umno tidak lagi harus menuntut jawatan, kontrak dan gelaran memandangkan parti itu ini adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata berkata, ini bukan lagi masanya untuk membuat pelbagai tuntutan kerana apa yang lebih utama ialah mengekalkan kerajaan yang ada demi menaikkan semula martabat Umno.

“Saya ingin menegaskan kepada Pemuda Puteri bahawa anda semua adalah armada untuk kemajuan Umno dan Melayu.

“Oleh itu, berhentilah daripada membuat pelbagai tuntutan. Jangan tenggelam dengan angan-angan untuk memperolehi kuasa dan ganjaran kerana kita hanya sebahagian daripada kerajaan sekarang. Sedarlah,” katanya ketika merasmikan sidang serentak Wanita, Pemuda dan Puteri, malam tadi.