Teguran adalah untuk kebaikan kerajaan – Puad

TEGURAN terhadap menteri adalah perlu bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan, kata Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu, Umno perlu mempunyai pendirian untuk menegur menteri yang mempunyai prestasi kurang memuaskan.

“Jika ada di kalangan menteri itu tidak cekap, tidak pandai mengurus dan tidak ada idea baharu takkan kita mahu biarkan?

“Mereka juga perlu ditegur (kerana) teguran itu sebenarnya bagi memastikan Kerajaan Perpaduan ini (lebih) kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam tadi.