Pemuda bantah Jocelyn di Kedutaan Amerika esok

PEMUDA Umno akan mengadakan bantahan dan menyerahkan notanya kepada Kedutaan Amerika mengenai kebiadapan Jocelyn Chia.

Ketuanya, Dr Akmal Salleh berkata perhimpunan penyerahan memorandum akan dibuat di hadapan kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat, jam 2.30 petang esok (Jumaat).

Dalam siri lawaknya di Amerika mengenai kehilangan pesawat MH370, Jocelyn yang kelahiran Singapura itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Malaysia.