Pindaan bolehkan daftar keahlian dalam talian

PERMOHONAN pendaftaran keahlian baharu boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas yang dijadual berlangsung esok.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak terutamanya rakyat agar tidak terbuai dengan permainan pihak yang tidak senang dengan kestabilan Kerajaan Perpaduan lebih-lebih lagi dalam situasi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jelasnya, Umno/Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mendapatkan semula (regain) dan mempertahankan (retain) kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRN kelak.