Parti MUDA sudah keterlaluan – Puad Zarkashi

PARTI MUDA dianggap sudah ‘melampau’ apabila bertanding pilihanraya negeri secara solo, kata ahli MKT, Puad Zarkashi.

Menyifatkan parti itu sebagai pembohong besar, Puad mencabarnya agar menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

“Tarik sahaja sokongan, habis cerita,” katanya mengulas setiausaha agung Muda, Amir Hadi yang berkata parti itu sedang menimbang kedudukannya di dalam kerajaan sekarang berikutan pelepasan tanpa pembebasan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi pada 4 September lalu.

Puad berkata presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman boleh mengosongkan kerusi Parlimen Muar daripada mengugut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

“Jangan cakap sahaja… buatlah,” kata Puad.