Zahid catat sejarah hadiri persidangan DAP

PERSIDANGAN DAP 2023 yang berlangsung di Putrajaya semalam mencipta sejarah apabila menjadi perhimpunan pertama dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas puluhan tahun kedua-dua parti menjadi seteru politik.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke persidangan itu adalah sebagai tetamu kehormat susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau hadir bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

UMNO menerusi BN dan DAP antara 19 parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.