Kita akan jaga pekerja gig, kata Zahid Hamidi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berusaha merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM) sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada seluruh Kabinet.

Menurutnya, cadangan itu telah dikemukakan sebelum pilihan raya negeri tahun lalu selepas bertemu pemain industri untuk meningkatkan kebajikan pekerja ekonomi gig.

“Saya percaya suruhanjaya ini perlu dibentuk segera memandangkan terdapat lebih 1.2 juta pekerja dalam sektor terbabit.

“Mereka perlu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah majikan juga wajar memastikan perkara ini.” katanya di Klang, semalam.