MN: PAS tak pernah ikhlas, kata Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

“Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan Umno tetapi mereka.

“Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

“Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya di Cyberjaya, Ahad lalu.