Zahid sifatkan Taib Mahmud pemimpin dinamik

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai seorang pemimpin yang progresif dan dinamik.

Bercakap kepada media Malaysia di Osaka hari ini, beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula 17 Februari lepas berkata, bekas Ketua Menteri Sarawak itu juga telah memberikan sumbangan besar di peringkat nasional dan negeri.

“Saya bagi pihak rakan-rakan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, mantan TYT (Yang di-Pertua Negeri) Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak.

“Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya kepada rakyat Sarawak atas sumbangan besar yang telah diberikan beliau di peringkat nasional apatah lagi di peringkat Sarawak dan beliau adalah merupakan seorang yang progresif dan dinamik kepimpinannya,” katanya.

Abdul Taib meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 21 Februari.