Hentikan kontroversi stoking ‘Allah’ – Agong

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki (stoking) tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.

“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.

“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday.