Tidak wujud perpecahan Umno Sabah- Jeffery

DAKWAAN sesetengah pihak wujudnya perpecahan di dalam UMNO Sabah berhubung kerjasama dengan mana-mana parti menjelang pilihanraya negeri ke-17 (PRN17), adalah tidak benar.

Pengarah pilihanraya Umno negeri, Jeffery Nor Mohamed berkata sebarang perbincangan dengan parti lain masih di peringkat awal dan belum ada keputusan dibuat.

Menurutnya, sebarang cadangan juga perku dirujuk kepada ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

Jeffery yang juga ketua Umno Putatan berkata beliau tidak mengerti kenapa ada pihak yang mengapi-apikan sentikan kerjasama itu sejak akhir-akhir ini.

“Ia tidak berasas sama sekali,” katanya mengulas kenyataan penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung yang diterbitkan sebuah portal berita baru-baru ini.

“Itu pandangan beliau tetapi keadaan sebenar tidak sedemikian,” kata Jeffery.