Asyraf bertekad atasi dilema pelajar tercicir

SETIAUSAHA Agung, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap tidak akan ada lagi generasi akan datang, khasnya Melayu tercicir di bidang pelajaran.

“Sebolehnya saya tidak mahu ada anak bangsa yang tercicir,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata agensi itu menyediakan pelbagai peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengkhususan dan yang lebih tinggi.

Beliau turut berkongsi satu video mengenai peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di pelbagai institusi pendidikan MARA (IPMA) ataupun mana-mana institusi pendidikan dengan biaya MARA.

“Saya kongsikan semula video tahun lepas yang masih relevan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM sama ada yang cemerlang mahupun yang kurang cemerlang untuk sambung di mana-mana institusi pendidikan IPMA.

“Ini termasuklah GiatMARA, Kolej Mara, Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),” katanya.

Jelas Dr Asyraf di dalam videonya, MARA banyak menyediakan peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkemahiran tinggi terutama pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di institusi milik mereka.

Antaranya seperti bidang automatif, aeronotical, kimpalan, aerospace dan sebagainya bermula dari peringkat sijil hinggalah tertinggi.

“Semua kursus berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. 95 peratus atau lebih pelajar lepasan institut-institut kemahiran MARA mendapat gaji yang bermaruah,” katanya.

No more school dropouts, says Asyraf Wajdi

SECRETARY-general Asyraf Wajdi Dusuki hopes there wouldn’t be any school dropouts, especially among Malays in the near future.

As MARA chairman, he is determined to open the agency’s learning institutions to provide necessary trainings to school leavers, including those to didnt fare well in their Sijil Pelajaran Malaysia examination.

“I really hope we won’t see any more dropouts in the near future,” he says in a FB posting.

MARA, he said opens apportunities for SPM holders to pursue studies in various disciplines, including aerospace technology.

“Grab it, we provide trainings in other courses too.

“Improve your skill and be ready for the future,” he said.