PAU akan diadakan pada 21-24 Ogos 2024

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lalu (26 Januari) memutuskan berkenaan tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan Bahagian untuk tahun 2024.

Setiausaha Agung, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata turut diputuskan adalah tarikh untuk diadakan Perhimpunan Agung 2024 yang akan bermula pada 21 sehingga 24 Ogos 2024.

“MKT telah memutuskan tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2024. Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan akan bermula 22 April sehingga 2 Jun nanti.

“Manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian 21 Jun hingga 29 Julai dan Perhimpunan Agung UMNO 21 sehingga 24 Ogos,” katanya pada sidang media.

Sebelum itu, Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di World Trade Centre (WTC).

 

General assembly set for August 21-24 this year

THE Supreme Council meeting on Friday (Jan 26) has set 21-24 August this year for the party’s general assembly.

Secretary-General Asyraf Wajdi Dusuki said the meeting has also decided that the annual delegates meetings for the three wings, namely Women, Youth and Puteri must be held on June 21st and July 29.

All branches, meanwhile must hold meetings between April 22nd and June 2nd, 2024.