Hiburan perlu ada batas sensitiviti, adab

UMNO menegaskan bahawa setiap penganjuran program perlu berteraskan prinsip yang jelas dan tidak boleh mengetepikan nilai, adab, sensitiviti agama serta norma masyarakat tempatan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengambil serius pandangan yang dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Pandangan ini wajar dihormati kerana ia mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia.

“Sebab itu, kami telah meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Sehubungan itu, Ahamd Zahid berkata, garis panduan sesebuah program juga perlu diperkemas dan diperketatkan supaya setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama dan identiti negara.

“Prinsip UMNO dalam soal hiburan jelas iaitu tidak salah untuk berhibur, namun perlu mempunyai batas.

“Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat. Penganjur wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara,” katanya.

Beliau menegaskan, pendirian tersebut merupakan ketetapan rasmi UMNO dalam isu berkenaan.

Terdahulu, penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur mencetuskan polemik apabila ia didakwa berpotensi menjejaskan nilai dan sensitiviti masyarakat tempatan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan pada Khamis turut membantah penganjuran program berkenaan yang dilihat boleh membawa kepada kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai masyarakat.

JAWI juga menzahirkan kekesalan serta menggesa pihak penganjur menilai semula konsep pelaksanaan program dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Selain itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Bayan Linnas Siri Ke-351 menegaskan bahawa Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun ia perlu tertakluk kepada garis panduan syarak serta tidak mengandungi unsur maksiat.

Entertainment must respect sensitivities

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi said that any public programme must respect religious sensitivities, cultural values and local norms.

He said organisers must ensure their events do not disregard these principles, adding that such concerns reflect the sentiments of a significant portion of Malaysians.

“In any programme, the principles must be clear. It cannot sideline values, etiquette, religious sensitivities and local societal norms,” he said in a statement.

The deputy prime minister also said the government takes seriously the views raised by the Federal Territories Islamic Religious Department and the Federal Territories Mufti Department, describing them as reflective of public concerns.

“As such, we have asked for programmes of this nature to be reviewed in terms of concept, content and implementation.

“Guidelines must also be refined and tightened to ensure every event aligns with the nation’s cultural, religious and identity values.”

He added that while entertainment is not wrong, it must be exercised within limits.

“Our principle is clear: entertainment is permissible, but there must be boundaries. Progress can continue, but values must not be compromised,” he said, adding that organisers should engage with authorities to preserve social harmony.

Zahid said this reflects Umno’s stance on the matter.

His remarks come amid ongoing public discourse over entertainment events and their alignment with community values.

In Kuantan, the local council recently rejected applications to hold water-themed music festivals at Teluk Cempedak and Cherating, citing religious, moral and cultural sensitivities.

Meanwhile in Kuala Lumpur, the Rain Rave Water Music Festival is ongoing in Bukit Bintang, drawing both support for its tourism potential and criticism from some quarters over its concept.