Ramai cuba lagakan kami – Mohamad Hasan

DATUK Seri Mohamad Hasan mendedahkan ramai yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak mendedahkan siapa individu terbabit sama ada orang dalam parti atau sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO menegaskan, beliau tidak menghiraukan cubaan sedemikian atas prinsip setia terhadap parti dan institusi presiden.

“Banyak nak melagakan kita, terutama nak melagakan saya dengan Datuk Seri (Ahmad Zahid). Bukan sikit, ramai, tapi saya memilih untuk setia dalam parti dan mendokong Datuk Seri.

“Ramai Datuk Seri (cuba nak melagakan), apa orang tak cakap, tapi saya pekakkan telinga, butakan mata, terangkan jiwa dan hati saya untuk bersama dengan parti yang kita dokong ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, keputusan untuk bersama parti dan kepemimpinan presiden bukan tindakan yang merugikan, malah beliau juga sanggup kehilangan jawatan sekarang atas tindakannya.

“Justeru, dalam saat sepenting sekarang, jangan ada anasir yang ingin mengadu domba dan melaga-lagakan kita antara satu sama lain.

“Saya cakap sempena dengan hari lahir saya ke-70. I got nothing to lose. I’m not talking about career anymore but i want to give back to my party and i want to give back to my country (Tiada apa-apa yang saya rugi. Saya tidak bercakap mengenai kerjaya, tetapi saya hendak menyumbang kepada parti dan negara saya),” katanya.

Some tried to pit me against Zahid – Mohamad Hasan

UMNO deputy president Mohamad Hasan has revealed that certain quarters have tried to pit him against party president Ahmad Zahid Hamidi, but stressed that he remains loyal to the party leadership.

Speaking at the opening of Umno’s 80th anniversary convention here today, Mohamad said efforts had been made to sow division within the party’s leadership, but he chose not to entertain such attempts.

“Some people are trying to pit me against Zahid. They say all sorts of things about him. These are just attempts to cause division.

But I choose to turn a blind eye and steady myself to stay with the party,” he said, drawing applause from Umno leaders and members.

Mohamad said at the age of 70, he is no longer pursuing positions or a political career, but is focused on contributing to the party and the nation instead.

“I speak today as I turn 70. I’ve got nothing to lose.

“I’m no longer talking about career ambitions. I just want to give back to the party and the country,” Mohamad, also known as Tok Mat, said.

Zahid and Mohamad have led Umno since 2018, after the 14th general election saw the party lose power in Putrajaya.

Mohamad said Umno must not be divided and should remain united to restore the party’s dominance.

“A divided party will be easily manipulated and exploited by vested interests, both from within and outside. We must not allow anyone to drive a wedge between us,” he said.