Isu PRN Johor tidak disentuh, kata Zahid

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibangkitkan dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan hari ini.

Beliau berkata sesi menghadap dan fotografi bersama-sama Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor hanyalah sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO.

“Saya bertemu (Agong) tetapi tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu… ia satu peristiwa sangat signifikan kerana penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 juga dilakukan di Istana Besar Johor dan sesi fotografi yang sama turut diadakan ketika itu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad Zahid turut ditanya mengenai Mesyuarat MT UMNO yang berlangsung hari ini.

“Secara seriusnya, saya ingin menyatakan bahawa ini hanyalah mesyuarat biasa… walaupun banyak isu nasional dibincangkan, topik PRN Johor tidak disentuh,” katanya.

Menyentuh mengenai kemungkinan PRN Johor diadakan lebih awal daripada Melaka, beliau berkata sebarang keputusan mengenainya hanya akan dibincang dengan Onn Hafiz selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Onn Hafiz yang disifatkan berjaya memberikan “faktor wow” kepada rakyat melalui pengumuman dalam Belanjawan 2026 dan pemakluman pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

“Peningkatan pendapatan negeri membolehkan pengagihan dibuat secara adil kepada semua kumpulan masyarakat tanpa mengira umur, kaum dan agama… kita harapkan kemakmuran ini dihargai oleh seluruh rakyat Johor,” katanya.

 

No discussion on Johor polls, says Zahid

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi said there was no discussion on the Johor state election during the meeting with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, nor at the Umno Supreme Council meeting on Monday.

He said the audience and photo session with His Majesty and the Regent of Johor, Tunku Mahkota Ismail, at Istana Besar Johor, were held in conjunction with Umno’s 80th anniversary celebration.

“I met (the King), but did not touch on that matter at all. It was a highly significant occasion as Umno’s establishment on May 11, 1946 also took place at Istana Besar Johor, where a similar photo session was held,” he said.

The deputy prime minister spoke to reporters after chairing the Umno Supreme Council meeting at the Johor Umno Liaison Committee building here.

Also present were deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan; vice-presidents Mohamed Khaled Nordin and Johari Abdul Ghani; secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki; and Johor Umno chief, Onn Hafiz Ghazi, who is also Johor Menteri Besar.

Zahid said the meeting discussed major national issues.

“I would like to stress that this was merely a regular meeting. Although many national issues were discussed, the Johor state election was not raised,” he said.

On the possibility of the Johor state election being held earlier than Melaka, he said any decision would only be discussed with Onn Hafiz after obtaining the consent of His Majesty the King and the Regent of Johor.