Lebih 10 ADUN nak sertai Umno – Asyraf

LEBIH sepuluh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berminat untuk menyertai Rumah Bangsa yang diterajui oleh UMNO.

Namun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan hasrat tersebut terhalang kerana terikat dengan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.

“Kebanyakan mereka yang berstatus Ahli Parlimen dan ADUN juga amat-amat berminat untuk menyertai kembali Rumah Bangsa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Konsultasi Awam bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 di sini, hari ini.

Menurut Asyraf, perkara tersebut disahkan melalui beberapa siri perjumpaan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun Asyraf enggan mendedahkan nama Ahli Parlimen dan ADUN terlibat sambil menyatakan ahli-ahli biasa daripada parti pembangkang juga telah menyertai Rumah Bangsa.

“Para penyokong (pembangkang) masuk secara bergerombolan,” katanya.

Asyraf turut memaklumkan bahawa jumlah penyertaan telah meningkat berbanding 6,252 penyertaan yang diumumkan pada 17 April lalu.

Pada 16 Januari lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang berfungsi sebagai platform untuk menerima kembali mana-mana pihak yang ingin kembali bersama UMNO.

Menurut beliau, inisiatif tersebut bertujuan membuka ruang yang lebih luas bagi memperkukuh hubungan dan perpaduan dalam kalangan ahli parti, sekali gus memastikan UMNO terus relevan sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara.

 

More than 10 Opp reps keen to join Umno

MORE than 10 opposition MPs who have been sacked from their previous party have expressed their interests in joining Umno, says party secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf said Umno has held a series of meetings with these MPs through a special committee chaired by vice-president Khaled Nordin.

However, he said they feared that joining Umno now would trigger the anti-hopping law and cause them to lose their seats.

“However, I can say that many of these MPs and even assemblymen are really interested in joining Umno,” he told reporters at the sidelines of an event here.

Bersatu is the only party that has sacked some of its MPs since the 2022 general election, with its deputy president Hamzah Zainudin among those expelled from the party in February.

Other MPs who were sacked recently by Bersatu included Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Azahari Hasan (Padang Rengas) and Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Bersatu also lost six MPs who stated support for the unity government between 2023 and 2024, after declaring that their party memberships had been terminated. The Dewan Rakyat speaker construed this as expulsions, allowing the six to retain their seats.

These six are Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) and Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Bersatu has more recently sacked several assemblymen, namely Kok Lanas assemblyman Farid Zawawi, Sungai Tiang assemblyman Abdul Razak Khamis and Suka Menanti assemblyman Dzowahir Ab Ghani.