BEKAS Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik menyertai Majlis Ulama Umno.
Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran Facebook mengenai pertemuannya dengan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Dusuki Ahmad, hari ini.
Mohd Khairuddin, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menyertai Umno sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.
Khairuddin mempertahankan kerusinya atas tiket Barisan Nasional (BN) namun tewas.