Kerajaan PH Mesti Perjelaskan Pendirian Mengenai Dakwaan Mkini Berkenaan Syiah

Makin terserlah antara agenda tersirat di sebalik penganjuran KL Summit 2019 yang berjaya menghimpunkan 3 pimpinan tertinggi Negara-Negara Islam daripada 56 yang bergabung di bawah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) khususnya IRAN.

Waktu di bawah Kerajaan Barisan Nasional, ajaran SYIAH sememangnya tidak dibenarkan disebarkan. Malah pernah dicadangkan untuk dipinda Perlembagaan untuk memasukkan secara jelas bahasa Islam di Malaysia hanya berpaksikan kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mungkin inilah antara punca utama juga kenapa Arab Saudi dan majoriti negara Islam lain tidak hadir menghantar kepimpinan tertinggi masing-masing di Persidangan KL SUMMIT, selain yang dipropagandakan media antarabangsa sebagai satu usaha menggantikan peranan OIC.

Justeru amat wajar Kerajaan Pakatan Harapan menyatakan pendirian yang jelas berkenaan dengan kedudukan ajaran Syiah di Malaysia sebagaimana yang didakwa menurut laporan Malaysiakini ini.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.