UMNO Konsisten Menentang IPCMC, Jangan Hina Dan Rendahkan Martabat PDRM

1. UMNO telah menentang Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) secara konsisten berdasarkan ada penolakan sejak ianya dicadangkan oleh pembangkang ketika itu. Penolakan dua persatuan itu ialah Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Persatuan Pegawai-pegawai Rendah Polis (PPRP).

2. Selain itu, tiada keperluan untuk mewujudkan IPCMC kerana Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) sudah memadai dan cukup lengkap untuk memantau semua agensi penguatkuasaan termasuk PDRM.

3. PDRM juga telah mempunyai Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang bertanggungjawab menjaga dan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai dan anggota polis.

4. Janganlah menghina dan merendah-rendahkan martabat PDRM. Mereka telah bertungkus-lumus dan berkorban untuk menjaga keselamatan negara, membanteras jenayah serta menjaga ketenteraman awam.

5. Sepatutnya kebajikan anggota PDRM dijaga, keperluan peralatan dipertingkatkan dan skim perkhidmatan dinaikkan taraf sesuai dengan tugas mereka yang semakin berat.

6. UMNO amat prihatin dengan kebajikan keluarga pegawai dan anggota PDRM. Semestinya integriti PDRM dipertahankan.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

7 Oktober 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.